Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Zahid Mengaku Tidak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak...

Tiga Anggota Keselamatan Disyaki...

Sandakan - Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan pagi ini, kerana disyaki merogol seorang...

Saman Jiran Pijak Semut,...

RIYADH - Seorang lelaki warga Arab Saudi dilapor memfailkan saman terhadap beberapa jirannya...

100 Unit Model Tesla...

BERCAKAP mengenai kenderaan atau kereta elektrik, jenama Tesla merupakan salah satu jenama pioneer...

Motac Sasar Malaysia 10 Terbaik Dunia Destinasi Pilihan Pelancong

MELAKA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyasarkan Malaysia untuk berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia sebagai destinasi utama pilihan pelancong, tahun ini.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pihaknya menyasarkan untuk memperbaiki kedudukan itu berbanding tempat ke-12 terbaik dunia kategori itu, pada tahun lepas.

Beliau berkata Malaysia berada pada landasan terbaik untuk mencapai sasaran itu apabila menerima kedatangan 8.47 juta pelancong asing dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Di peringkat nasional pada tahun ini kami letakkan sasaran kehadiran 33.1 juta orang pelancong asing,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Bandar Hilir di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Datuk Kamarul Baharin Kasim.

Sebanyak 37 muzium dalam negara menyertai sambutan bertemakan ‘Jaringan Muzium : Pendekatan Baharu Sasaran Baharu’ diadakan bermula 21 hingga 29 Julai ini, melibatkan pelbagai acara antaranya pameran, seminar, larian dan aktiviti mencari harta karun.


Sementara itu, Mohamaddin berkata Melaka merupakan destinasi pelancongan paling popular di negara ini selepas Kuala Lumpur dengan kedatangan pelancong mencecah 16.79 juta tahun lepas.

“Ini peningkatan seramai 3.15 peratus berbanding tahun sebelumnya (2016), saya amat yakin Melaka pada tahun ini mampu mencapai sasaran kehadiran 17 juta orang pelancong dengan mudah,” katanya. – BERNAMA

Kategori