MRT Bukti Komitmen Kerajaan Di Bawah Pimpinan Najib

PETALING JAYA – Kejayaan pelaksanaan Transit Aliran Massa (MRT) membuktikan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyediakan prasarana pengangkutan awam yang efisien dan selesa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ia turut memenuhi keperluan rakyat atau ‘people economy’, selaras dengan aspirasi ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MRT Corp berkata projek MRT merupakan sebahagian daripada rangkaian rel Lembah Klang yang komprehensif dan integrasi dengan perkhidmatan rel yang lain.

“Beberapa stesen sepanjang jajaran ini akan berintegrasi dengan stesen-stesen Komuter, LRT, Monorel dan ERL,” katanya dalam ucapannya pada majlis pelancaran operasi fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang (SBK) di sini, hari ini.

Katanya selain daripada itu, untuk kemudahan para pengguna, perkhidmatan bas pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, juga akan beroperasi untuk menghubungkan penumpang ke stesen terdekat.

“Kira-kira 8,000 tempat letak kenderaan di sepanjang laluan juga disediakan untuk keselesaan para pengguna,” katanya.

Beliau berkata projek MRT Sungai Buloh-Kajang diluluskan oleh kerajaan pada Disember 2010 dengan jarak sepanjang 51 kilometer (km).

“Ia bermula dari Sungai Buloh dan melalui pusat bandar raya sehingga berakhir di Kajang, Selangor. Bagi warga kerja MRT Corp yang telah bertungkus lumus selama lima tahun ini untuk memastikan Projek MRT siap pada waktunya, pelancaran ini juga merupakan hari yang amat bermakna kepada mereka,” katanya.

Ali berkata pihaknya juga telah berjaya memperolehi akreditasi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2015 baru-baru ini untuk projek MRT SBK.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan fasa pertama MRT SBK itu, yang menjadi tambahan baharu kepada mod pengangkutan awam di negara ini.

Laluan Fasa Pertama yang melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21km itu akan mula beroperasi pada 6 pagi esok, dengan kadar tambang antara RM1 hingga RM3.90. Bagaimanapun,

Najib mengumumkan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari 2017.

Ia merangkumi 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Fasa Kedua pula dari stesen Semantan ke stesen Kajang dijangka beroperasi pada Julai 2017. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...