Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Menarik! Cara ‘Pose’ Agar...

BAGI yang memiliki saiz tubuh besar khususnya para wanita, kebanyakan mereka seboleh-bolehnya akan menolak...

8.1 Juta Akan Terima...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin...

Tiada Pingat Bagi Skuad...

INCHEON - Skuad terjun negara hari ini mempamerkan aksi hambar apabila tiada sebarang...

Wilayah Chiba Tawar Laluan...

CHIBA (Jepun) - Malaysia dan Jepun akan menjalin kerjasama lebih rapat dalam pembangunan...

Muhammad Khalil, Ketua Pemuda PAS Yang Baharu

ALOR SETAR – Anak sulung Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.

Keputusan pemilihan parti itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Mutalib Embong pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58, yang berakhir hari ini.

Muktamar PAS ke-63 bermula semalam dengan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap – Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Muktamar PAS Pusat akan bermula esok, dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Muktamar yang dihadiri 1,200 perwakilan dijadual berakhir Isnin ini.

Muhammad Khalil, yang sebelum ini ialah Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sesi 2017-2019:

Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari (MTB)

Timbalan Pengerusi Tetap: Dr Riduan Mohd Nor (MTB)

Ketua: Muhammad Khalil Abdul Hadi (MTB)

Timbalan Ketua: Ir Khairil Nizam Khiruddin, (MTB)

Naib Ketua: Ahmad Fadhli Shaari (MTB)

Pemeriksa Kira-Kira: Mohd Shahir Abu Hassan (MTB); Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB)

Ahli Jawatankuasa Kerja (12 orang) :

1. Afnan Hamimi Taib Azamuddin


2. Ir. Muhtar Suhaili As-Sarawaki

3. Syahir Sulaiman

4. Hazmi Dibok

5. Hishamuddin Abdul Karim

6. Izwan Abdul Halim

7. Nurul Islam Mohamed Yusof

8. Mohammad Arifiriazul Paijo

9. Mohd Akmal Kamaruddin

10. Mohd Hafez Sabri

11. Nor Azariza Mohd Alawi

12. Nazman Che Ibrahim

Nota: MTB: Menang tanpa bertanding BERNAMA

Kategori