Teknologi dron bukanlah merupakan suatu yang baru jika kita perhatikan bagaimana teknologi robot ini telah membantu dalam pelbagai tugasan manusia yang melibatkan keselamatan.
Lihat sahaja bagaimana unit dron pemusnah bom yang berfungsi sebagai medium menyahaktifkan sistem yang sangat membahayakan tersebut.
Kini, sebuah video yang dibawakan oleh Channel 4 News, dilihat telah menggunakan teknologi ini sebagai alat pantauan ketika krisis banjir di sana.
Melalui video tersebut, teknologi dron ini dapat memberikan bantuan dan secara tidak langsung membuat liputan bagi lokasi yang tidak dapat diterjah oleh manusia atas sebab-sebab keselamatan.
Dron yang digunakan setakat ini dikatakan mampu memikul beban yang seberat melebihi 50 KG.
Mungkinkah pada masa akan datang teknologi Dron ini mampu memberi bantuan makanan atau membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir pula di Malaysia? –MYNEWSHUB
Oleh: hzqahmd