Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

39 Pelajar Dari 5...

JOHOR BAHRU - Seramai 39 pelajar dari lima buah sekolah di Pasir Gudang...

Pelajar Lelaki Meninggal Akibat...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki dari Politeknik Kulim berusia 18 tahun meninggal...

Kilang Berhampiran Pasaraya Giant...

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang memproses barangan lusuh di Taman Perindustrian Samudera, berhampiran...

Video: Suami Pukul Bini...

TINDAKAN seorang lelaki memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah restoran mencetuskan kemarahan...

Muzium Tokoh Johor Pamer Karya Datuk Jamil Sulong

JOHOR BAHRU – Pameran ‘Saksi Seni Daksina’ di Muzium Tokoh Johor yang dipamerkan kepada umum mulai hari ini adalah bagi mengetengahkan dan seterusnya memperingati hasil seni dan himpunan karya pengarah dan tokoh perfileman terkenal negara Allahyarham Datuk Jamil Sulong.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata usaha Yayasan Warisan Johor selama hampir 10 tahun, mengumpul karya pengarah tersohor itu mampu membangkitkan minat mendalam khalayak terhadap bidang seni dan budaya.

“Pameran kesenian Datuk Jamil Sulong dilakukan melalui penilaian berdasarkan latar belakang dan kekuatan karya seni yang dihasilkannya serta kerjasama baik yang diberikan oleh Allahyarham sebelum meninggal dunia.

“Demikian juga ahli waris sepanjang usaha pihak muzium untuk memperoleh dan merekod segala maklumat yang diperlukan” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pameran itu di Muzium Tokoh Johor di sini, petang ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat itu, banyak berkarya dalam era kegemilangan sinematik Melayu, sebelum meninggal dunia pada 2014, pada usia 88 tahun akibat serangan angin ahmar.

Sementara itu, isteri Allahyarham seniwati negara Datuk Rosnani Jamil yang turut hadir berkata penghormatan seperti ini memberi impak yang besar kepadanya serta keluarga kerana Allahyarham tidak sempat melihat karyanya diberi pengikirafan seperti ini.


“Saya merasa terharu kerana walaupun arwah tidak sempat untuk melihat karyanya diberi penghormatan dan ditempatkan di dalam muzium, namun saya tahu pameran ini dapat mengajak khalayak untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan memberi inspirasi kepada generasi muda,” katanya.

Yayasan Warisan Johor melalui usaha dan kajian serta penyelidikan yang dilaksanakan terhadap Allahyarham, berjaya memperoleh maklumat dan bahan seperti foto, keratan-keratan akhbar, sijil serta anugerah dan barang milik peribadi daripada waris terdekat untuk ditempatkan di muzium itu.

Pameran itu disasarkan bakal menarik 10,000 pengunjung dari seluruh Malaysia. – BERNAMA

Kategori