Najib Berbuka Bersama Anggota Kabinet, MB Dan KM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya Seri Perdana, di sini.

Anggota-anggota perwakilan asing dan pegawai kanan kerajaan merupakan antara 2,000 orang yang turut hadir di majlis itu.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-tugas Khas; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Pada majlis itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 100 anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Bakti Al Kausar , Bangi; Rumah Anak Yatim Al Fateh, Kajang; dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh.

Najib turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih selepas majlis berbuka itu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...