Najib Doakan Menteri Besar Kelantan Diberi Kesihatan Baik

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob diberikan kesihatan baik setelah selamat menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya hari ini.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan MB (Menteri Besar) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah selamat jalani pembedahan. Moga diberikan sebaik kesihatan oleh Allah SWT,” kata perdana menteri dalam Twitter hari ini.

Ahmad selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Baharu, hari ini.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Mohd Asri Mat Daud, Ahmad menyedari mengenai masalah kesihatannya itu beberapa hari lepas, dan kini berehat di bawah pemantauan doktor pakar.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pagi semalam dan menjalani pembedahan itu hari ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply