Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih Baik BR1M Daripada...

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1...

Isytihar Darurat Di Gerik,...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang...

PDRM Diarah Sekat Pesta...

BEIJING - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak,...

Tidak Perlu Ke Luar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu bertindak secara peribadi...

Negara Aman, Makmur Kerana Pengorbanan Tentera

PADANG BESAR – Pengorbanan anggota tentera sehingga membolehkan negara mengecap keamanan dan kemakmuran seharusnya tidak dinafikan malah terus dihargai, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, anggota tentera terdahulu turut mengorbankan ’kehidupan’ mereka dalam mengecapi kemerdekaan.

“Pengorbanan ini tiada tolok bandingnya walaupun anggota tentera mempunyai peranan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan ikhlas,” titah baginda pada majlis Hari Raya Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri di sini, malam tadi.

Berangkat sama pada majlis Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang turut berkenan mengurniakan duit raya kepada anak-anak anggota Rejimen yang hadir.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Shrifuddin Syed Ikhsan; Panglima 30 Briged Tentera Darat, Brig. Jen. Hashim Aman Shah serta ketua jabatan persekutuan dan negeri.


Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 bertitah setiap anggota tentera harus sentiasa bersedia melaksanakan perubahan seiring perkembangan semasa termasuk menguasai teknologi berkaitan profesion mereka.

Baginda turut menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana proses transisi geopolitik negara yang bertukar ‘nakhoda’ selepas Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, berjalan lancar. – BERNAMA

Kategori