Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Penuntut UiTM Terjejas Banjir...

JOHOR BHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini meminta pelajarnya yang terjejas...

Peserta Terjun Tapak, Maut...

PUTRAJAYA - Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan...

Wanita Maut Kereta Dinaiki...

TAWAU - Seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas...

Pemandu Teksi Di China...

BEIJING — Melakukan foto kendiri atau selfie kini sudah semakin menjadi trend di seluruh dunia, namun perkara...

Nikmat Kemerdekaan Bererti Kepada Penduduk Sabah

KENINGAU – “Jika diberi kebenaran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan terima kasih, saya adalah orangnya dan saya mahu menjadi orang pertama untuk berbuat demikian,” demikian luahan Alyosius Marupin, yang begitu bersyukur dengan perubahan hidup yang dialaminya bersama keluarga.

Alyosius, 37, ayah kepada empat anak, sebenarnya ialah seorang daripada ribuan peserta projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Banang Keningau Fasa 1, iaitu satu projek membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan miskin tegar di kawasan luar bandar yang dilaksanakan kerajaan negeri Sabah.

Bagi Alyosius, yang kini memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, program MESEJ ini umpama satu nikmat kemerdekaan untuk rakyat sepertinya serta program pengisian kemerdekaan yang diperkenalkan kerajaan dalam suasana negara aman dan makmur.

“Kami diberikan sebuah rumah di sini. Selain itu, anak kami dihantar pergi dan balik dari sekolah dengan kenderaan yang disediakan oleh kerajaan,” kata Aloysius yang tidak dapat menahan emosinya kepada Bernama.

Aloysius yang berasal dari Kampung Bunga Raya, Keningau berkata kehidupannya sebelum ini sangat daif, bukan sahaja bersandarkan pendapatan RM300 untuk menyara semua anaknya yang masih bersekolah malah tinggal di sebuah rumah peninggalan keluarga yang terlalu usang serta tidak mempunyai apa-apa kemudahan asas seperti bekalan air atau elektrik.

BERSYUKUR DENGAN BANTUAN

“Tetapi kini kehidupan kami sekeluarga telah jauh berubah dan semua ini adalah hasil daripada jasa dan keperihatinan kerajaan hari ini,” katanya yang benar-benar bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional.

Projek MESEJ dilaksanakan kerajaan negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri. Kini Sabah giat melaksanakan 52 MESSEJ di seluruh negeri yang merangkumi 34 buah MESEJ Pertanian, MESEJ Mikro (9), MESEJ Akuakultur (6) dan MESEJ Bersepadu (3).

Apabila kesemua MESEJ di seluruh Sabah berkenaan, termasuk MESEJ Bunang di Keningau, MESEJ Mangkalias dan Kelanyaan di Tenom serta MESEJ Ulu Patian dan Ungga di daerah kecil Kemabong, siap sepenuhnya ia akan memberi manfaat kepada lebih 2,500 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT).

Jinikah Ikang, 55, seorang lagi peserta MESEJ Banang yang turut meluahkan bersyukurannya kepada kerajaan berkata, situasinya pada ketika ini umpama ‘semut jatuh di lautan gula’.

“(Kami di sini ada) Rumah, air, surau, kenderaan dan duit.. kami cukup mewah di sini, cuma harus kerja mengikut jadual yang telah diatur,” jelasnya.

PERLU RAJIN

Ibu tunggal kepada 11 orang anak itu berkata, program MESEJ yang diatur sebegitu rupa oleh kerajaan sangat berkesan untuk mengubah nasib rakyat termiskin seperti beliau.

Katanya disebabkan kemiskinan yang membelenggu keluarganya sebelum ini, sembilan daripada 11 anaknya itu tidak dapat bersekolah.

“Saya sungguh sedih dengan kisah ini, namun program MESSEJ telah mengubah kehidupan saya apabila berjaya menyekolahkan dua anak selepas setahun berada di sini,” katanya.


Begitupun, kata Jinikah, nasib peserta juga tidak akan berubah jika peserta itu sendiri tidak bersedia untuk mengubah nasibnya sendiri dan perkara itu berlaku kepada segelintir peserta yang masih dibelenggu budaya lama dan akhirnya kembali ke kampung halaman asal untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

“Kita perlu rajin di sini dan mematuhi arahan kerja seperti yang telah disediakan oleh pengurusan,” katanya.

TIDAK LAGI MENGELUH SELEPAS MENYERTAI MESEJ

Bagi Hasimin Salih,52, seorang ibu tunggal, beliau berkata ketika negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, umurnya baru 11 tahun dan kehidupan keluarganya begitu miskin dengan pendapatan ibu bapanya untuk menyara keluarga ketika itu diperoleh hasil daripada kerja menoreh getah.

Selepas beliau berumahtangga dan dikurniakan empat anak, suaminya pula meninggal dunia dan keadaan itu memaksanya bertindak sebagai ketua rumah yang terpaksa bertungkus lumus menyediakan segala-galanya yang diperlukan keluarga.

Hasimin berkata beliau tidak mampu bekerja seperti arwah suaminya dan akhirnya mengambil keputusan kembali kepada orang tuanya untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang bersandarkan ehsan untuk membesarkan anaknya.

Namun kata Hasimin, hanya selepas terpilih sebagai peserta MESSEJ di Bunang Keningau, kehidupan beliau berubah secara berperingkat dan kini tidak lagi mengeluh mengenai hal-hal kewangan.

“Saya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM900 sebulan dan jumlah itu cukup besar bagi seorang ibu tunggal seperti saya,” katanya.

Katanya, peluang untuk menambah pendapatan sebagai peserta MESEJ di situ tidak terhad kerana pihak pengurusan membenarkan mereka untuk bercucuk tanam dengan tanaman-tanaman kontan seperti sayur-sayuran untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Hasimin berkata, peserta program di situ mampu meraih pendapatan yang lebih jika mereka bersikap positif dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang boleh ditukar menjadi wang di atas tanah yang disediakan oleh kerajaan.

“Kami dibenarkan berbudi kepada tanah dengan seluas-luasnya di sini,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori