Operasi Tagih Simpati Seawal Jam 10 Pagi

KUALA LUMPUR – Membawa bersama anak masih kecil semata-mata mahu meraih belas ihsan orang ramai.

Itu taktik digunakan segelintir pengemis dipercayai warga asing ketika meminta sedekah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Pasar Seni, di sini.

Malah, mereka juga kerap berpindah lokasi bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Apa yang menghairankan jumlah peminta sedekah di kedua-dua lokasi berkenaan meningkat secara mendadak menjelang Aidilfitri hingga mengganggu orang ramai yang mahu membeli-belah.

Tinjauan Harian Metro di kedua-dua lokasi berkenaan, kelmarin mendapati peminta sedekah berkenaan memulakan operasi mereka seawal jam 10 pagi.

Mereka juga sanggup duduk di tengah-tengah laluan pejalan kaki dan terdedah kepada terik matahari bagi tempoh lama semata-mata mahu menarik perhatian sedangkan perbuatan itu mengganggu orang ramai mahu membeli-belah.

Peniaga mengusahakan kedai menjual pakaian wanita di Jalan TAR sejak lima tahun lalu yang hanya mahu dikenali sebagai Hartini, 30, berkata, kehadiran peminta sedekah di lokasi itu setiap kali menjelang Aidilfitri bukan perkara asing.


“Mereka macam dapat hidu kehadiran pihak berkuasa kerana akan beredar lebih awal jika ada operasi dijalankan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, R Kantheswarry berkata, pihaknya mengenal pasti 36 kawasan panas menjadi tumpuan peminta sedekah di sekitar ibu kota.

“Bagi mengatasi masalah peminta sedekah, kami melakukan operasi dari semasa ke semasa termasuk dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Kami harap kerjasama orang ramai jangan layan permintaan peminta sedekah atau mereka terus melakukan perkara sama bagi mendapatkan wang,” katanya. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...