Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Hari Belia Negara 2016...

PUTRAJAYA - Fokus sambutan Hari Belia Negara 2016 akan tertumpu kepada penganjuran program...

Nik Abduh Dan PAS...

KUALA LUMPUR - "Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik...

Kelantan Perlu Tingkat Prestasi,...

KOTA BAHARU - Kekalahan pada perlawanan pramusim Liga Malaysia memberi isyarat kepada pemain...

Baju Wanita Muslim Dibakar...

SEORANG wanita dari Scotland terkejut apabila lengan bajunya dibakar ƂĀ seorang lelaki yang tidak...

Paras Air Di Empangan Gemencheh Di Bawah Paras Kritikal

SEREMBAN – Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal 94.75 meter, kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, bacaan tersebut masih mampu bertahan untuk lebih 100 hari berikutan Sains telah mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh bagi menstabilkan paras empangan.

Selain itu, katanya Sains turut membuat pengalihan agihan bagi sebahagian kawasan di Rembau yang mendapat bekalan dari LRA Gemencheh melalui bekalan dari LRA Sawah Raja.

“Dijangkakan projek ‘back pumping’ dari Sungai Jelai akan siap pada bulan Mac 2016 bagi menangani kekurangan air di empangan Gemencheh,” katanya di sini hari ini.

Selain empangan Gemencheh, Negeri Sembilan turut mempunyai enam lagi empangan iaitu empangan Sungai Terip di sini, empangan Sungai Beringin dan empangan Ulu Sepri di Rembau, empangan Kelinchi dan empangan Talang di Kuala Pilah serta empangan Triang di Jelebu.


Paras air di enam empangan tersebut berada pada paras normal, katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino.

Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas dan kering dengan meningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TrW3N94MCn8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori