Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Liu Jadi Pelajar Tunggal...

Pelajar-pelajar di China akan berkongsi dengan 40 pelajar di dalam kelas tetapi tidak...

Penjawat Awam Bukan Kuli,...

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan...

Pelan Penerbangan QZ8501 Berbahaya...

SYDNEY - Pakar penerbangan Australia berkata, kesilapan manusia membawa kepada kehilangan pesawat AirAsia...

Mendiang Ibu Sedang Siram...

TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu...

Paras Air Empangan Kendalian TNB Di Tahap Selamat

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan paras air di semua empangannya di seluruh Semenanjung berada pada tahap selamat walaupun hujan lebat melanda bahagian utara tanah air.

“Pelepasan air secara terkawal telah dijalankan dan mengikut prosedur sedia ada. Ini untuk memastikan operasi empangan berada di tahap normal dan selamat,” kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset) Bahagian Penjanaan TNB, Ir Roslan Abd Rahman.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenang menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih bagi mengelak tercetusnya keadaan panik yang akan memburukkan lagi keadaan.

“Biarpun keadaan cuaca bertambah baik pada masa ini, kami akan terus memantau keadaan di semua empangan kami dari semasa ke semasa,” katanya.

Empangan hidroelektrik TNB ialah Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands di Pahang, Stesen-Stesen Janaelektrik Sungai Perak di Perak dan Stesen-stesen Janaelektrik Kenyir di Terengganu.


Roslan seterusnya berkata TNB dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan masyarakat di sekitar empangannya telah pun selesai menjalankan latihan pelan tindakan kecemasan di kesemua empangan berkenaan pada hujung bulan lepas.

Matlamat utama latihan ialah untuk mengemas kini komunikasi antara TNB dan agensi berkaitan, persediaan menghadapi sebarang bencana dan menguji tahap keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan dan Keselamatan di setiap empangan, katanya. – BERNAMA

Kategori