Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Diserang Jerung,...

WASHINGTON - Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan di lengan manakala seorang remaja lelaki...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini mengumumkan...

Kerja Pembinaan, Penyelenggaraan Lebuh...

PETALING JAYA : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya...

Tak Salah Guna Dana...

PETALING JAYA - Tan Sri Shahrir Samad yang didakwa menerima RM1 juta daripada...

PDRM Umum Pertukaran, Kenaikan Pangkat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat sembilan pegawai kanannya berkuat kuasa 4 September.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini, berkata  Datuk Sanusi Sidek yang berpangkat SAC dan menyandang jawatan Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri kini memangku pangkat DCP.

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf yang kini Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/ Peperiksaan/ Kompentensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman akan mengambil alih jawatan Setiausaha PDRM Bukit Aman.

Jawatan Ramli pula akan disandang oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam dengan memangku pangkat SAC manakala jawatan Azmi akan diambil alih oleh Supt Noorzainy Mohd Noor dengan memangku pangkat ACP.

Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StarRT)  Bukit Aman ACP Muhammad Koey Abdullah pula akan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil alih jawatan Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.


Asmawati berkata Ketua StaRT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohammad Rafee Abu Bakar akan mengambil alih jawatan Penolong Pengarah Persenjataan, Bahagian Persenjataan StarRT Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran itu turut melibatkan Pegawai Turus Operasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Supt Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali yang akan mengambil alih jawatan Pegawai Turus Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Selain itu, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Telekomunikasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Jempol.  – BERNAMA

Kategori