Pelaburan Melaka Lebih RM20 Bilion Dalam 4 Tahun

MELAKA – Melaka mencapai nilai pelaburan lebih RM20 bilion menerusi pelbagai projek yang dilaksanakan dalam tempoh empat tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata pencapaian yang diraih adalah sesuatu yang tidak mengecewakan melalui pelbagai anugerah yang diperoleh bukan sahaja di peringkat domestik malahan peringkat kebangsaan dan dunia.

“Semua kejayaan yang dicapai bukan sahaja usaha daripada saya sebagai pemimpin negeri dan barisan pemimpin lain, tetapi jalinan kerjasama daripada semua pihak hingga menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia.

“Tidak ketinggalan juga pengamal media yang berkongsi pengalaman perjalanan yang dilalui Melaka sebelum ini dan saya berharap kita bergerak senada bagi mengangkat Melaka sebagai sebuah negeri yang dihormati,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Perniagaan BSN, Datuk Yunos Ghani, barisan exco kerajaaan negeri serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani.

Dalam pada itu, Idris berkata beliau menerapkan nilai-nilai murni sebagai teras dan peneraju kepada perkhidmatan yang perlu diamalkan secara berterusan oleh semua pihak termasuk penjawat awam dalam usaha menarik pelabur masuk.


“Kita menerima beberapa lagi lamaran daripada industri yang berminat melabur di Melaka, namun semuanya masih pada peringkat perancangan,” katanya.

Sementara itu, Rahimin berkata JAIM terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 selaras dengan budaya negara yang berpegang teguh dengan norma ketimuran.

“Jika pusat hiburan pun ada peraturan dan garis panduan mengenai etika berpakaian, mengapa tidak di tempat awam yang boleh menimbulkan pelbagai pandangan masyarakat (persepsi).

“Justeru kita menyarankan kepada pasar raya agar menyediakan papan tanda yang memaparkan garis panduan etika berpakaian bertepatan dengan budaya kita sebagai masyarakat timur,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...