Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerana ‘Muah Ciked’, Shila...

MELALUI laman mikro Twitter peribadinya, penyanyi yang kini menempa nama di China, Shila Amzah...

Belum Ada Keputusan Mengenai...

KUALA LUMPUR: Istana Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10...

Video: Polis Trafik Dilanggar...

BILA memandu, kita sering kali diingatkan agar mata sentiasa tertumpu pada jalan raya...

Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan...

CYBERJAYA – Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan...

Pelajar Sweden Maut Jatuh Dari Tingkat 22

SUBANG JAYA – Gara-gara tertinggal kunci rumah, seorang pelajar lelaki kolej swasta warga Sweden maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartmen di Jalan Subang 1, Subang USJ 1 di sini, ketika cuba memanjat masuk ke kediamannya, awal pagi tadi.

Mangsa, Averdal Avele Adam, 22, dikatakan cuba memanjat masuk melalui dapur rumahnya namun tergelincir ketika memijak kompresor penghawa dingin dan terjatuh ke atas sengkuap sebuah unit kediaman di tingkat dua apartmen terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada jam 3.17 pagi oleh orang awam yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sengkuap kediaman terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan pada tubuh dan kepala.

“Kita terpaksa meminta bantuan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya untuk menurunkan mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Mohd Rizal Buang, berkata seramai lapan pegawai dan anggota bersama dua jentera dari BBP Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja menurunkan mayat. – BH Online

Kategori