Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan 2 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai...

GPS Enggan Ulangi Kesilapan...

KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan...

Pemberi Maklumat Dilindungi Akta...

PUTRAJAYA - Orang ramai tidak perlu takut untuk tampil mengemukakan aduan berhubung amalan...

Beruk Gayat Terpaksa Minta...

POKOK kelapa sememangnya sinonim dengan haiwan beruk yang memanjatnya bagi mendapatkan buah. Namun, lain...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018, yang julung kali diadakan hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon dalam catatan ringkas di laman Facebooknya menyampaikan ucapan penghargaan atas sumbangan pengamal media kepada negara.

“Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional! Terima kasih atas pengorbanan dan sumbangan anda kepada Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Hawana 2018 mengisytiharkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional dan akan disambut bermula tahun depan.

Turut menzahirkan penghargaan, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim pula berkata dunia kewartawanan merupakan medium perkongsian dan penyebaran maklumat yang masih relevan sehingga hari ini.

“Jasa wartawan sangat dihargai kerana rakyat bergantung dengan penulisan serta pemberitaan yang dibawa. Hari ini hari mengiktiraf sumbangan wartawan di peringkat negara oleh pemimpin serta rakyat,”katanya.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa turut menzahirkan penghargaan, berharap pengiktirafan itu akan memberi inspirasi kepada komuniti media.

“Peranan kewartawanan dalam menyebarkan dan menggalakkan budaya kesederhanaan dalam kalangan masyarakat majmuk amat penting sebagai asas kukuh demokrasi negara kita.

“Selamat Menyambut Hari Wartawan 2018 kepada semua rakan media dan diharapkan pengiktirafan hari ini akan memberi inspirasi ke arah kecemerlangan berterusan,” katanya.

Ketua Pengarah Imigresen (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali turut menyampaikan ucapan selamat dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan semua wartawan dan pengamal media yang telah bekerja siang malam di lapangan demi memastikan setiap berita dan mesej sampai kepada rakyat.


“Peranan wartawan dan media dalam memenuhi hak rakyat untuk mengetahui, menegakkan nilai-nilai asas demokrasi, menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia sentiasa dihormati dan disanjung tinggi,”katanya.

Menurut Mustafar, wartawan dan media selama ini menjadi mata dan telinga JIM yang menghubungkan jabatan itu dengan masyarakat dan membantu jabatan itu dalam usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Sementara itu Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Belal Samir dalam mesejnya menerusi WhatsApp kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata sumbangan wartawan dapat dilihat menerusi peningkatan kesedaran rakyat terhadap isu-isu relevan yang semuanya membantu dalam menyatukan masyarakat dan meningkatkan peranan rakyat.

“Ia juga amat signifikan untuk membiarkan kerajaan melaksanakan misinya. Sebagai rakyat Palestin, kami dapat menyelami dan menyaksikan sokongan diberikan Malaysia menerusi medium ini dan ia amat bermakna kepada kami. Teruskan usaha murni ini dan Selamat Menyambut Hari Wartawan,” katanya.

Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta dari beberapa negara anggota ASEAN berhimpun pada sambutan julung kali Hawana 2018 di ibu negara hari ini.

Bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’, objektif utama penganjuran Hawana adalah bagi mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Bernama dengan kerjasama pengamal media Malaysia lain telah mengambil tanggungjawab untuk menganjur dan melaksanakan sambutan itu bagi mengangkat martabat profesionalisme kewartawanan negara. – BERNAMA

Kategori