Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

UMK Universiti Pertama Pemangkin...

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas...

Industri Jagung Bijirin Mampu...

SUNGAI PETANI - Industri jagung bijirin mampu menjana pendapatan baharu kepada petani jika...

Sarang Burung Siak, Hiasan...

ROMPIN - Hidangan udang galah sememangnya sinonim dengan daerah Rompin, namun bagi penggemar...

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab...

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri...

Lapangan Terbang Labuan Bendung Kemasukan PATI

LABUAN – Pelaksanaan pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Labuan bagi semua penumpang menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam memantau perjalanan keluar dan masuk pendatang tanpa dokumen.

Pemeriksaan imigresen tanpa menjejaskan dasar aliran bebas yang sedia ada bagi sektor Sabah dan Sarawak bertujuan memastikan Lapangan Terbang Labuan tidak dijadikan laluan keluar masuk bagi sebarang aktiviti jenayah sama ada penyeludupan dadah atau pendatang tanpa izin.

Presiden Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML), Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman berkata pelaksanaan dasar baharu itu telah lama diketengahkan dalam sesi persidangan Parlimen oleh Anggota Parlimen Labuan dan kini akhirnya dilaksanakan.

“Pemeriksaan imigresen bukanlah undang-undang tegas imigresen yang memperlahankan aliran pengunjung ke pulau ini, sebaliknya memastikan Labuan tidak dijadikan laluan keluar masuk penjenayah atau pendatang tanpa izin,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pemeriksaan imigresen itu dimulakan pada Selasa membabitkan penerbangan pertama Labuan-Kuala Lumpur-Labuan, manakala pemeriksaan membabitkan penerbangan bagi sektor ke Sabah dan Sawarak akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pelaksanaan pemeriksaan imigresen itu mendapat pujian daripada penumpang, yang berpendapat dasar itu akan membantu menaikkan imej pulau bebas cukai ini.


Seorang penumpang, Alfrednikko Sibil , 47, berkata dasar itu tidak akan menyusahkan penumpang, memandangkan pemeriksaan imigresen diwajibkan di beberapa lapangan terbang utama di negara ini.

“Pulau bebas cukai ini yang memperoleh status Pusat Kewangan Antarabangsa serta hab minyak dan gas tidak sepatutnya dicemari oleh sebarang elemen jenayah seperti penyeludupan dadah atau dijadikan laluan bagi pendatang tanpa izin,” katanya.

“Bagi saya, ia bukanlah undang-undang yang ketat. Saya berpendapat penumpang wajib melalui pemeriksaan keselamatan dan mengemukakan dokumen perjalanan, melainkan penumpang itu adalah penjenayah,” katanya. – BERNAMA

Kategori