Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Geran RM100,000 Setiap Koperasi...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM100,000 dalam bentuk...

Sidang Media Asia: Telefon...

KUALA LUMPUR - Telefon pintar merupakan alat yang penting dan boleh membuatkan seseorang...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Kecoh 2 Pesakit Covid-19...

SEPANG - Dua pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Bersepadu Taman...

Pemerintah Tentera Brunei Terima Beret Merun

KUALA LUMPUR – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud hari ini dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganugerahan itu disempurnakan Panglima Tentera Darat Malaysia, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di dataran Kementerian Pertahanan Malaysia, disaksikan para pegawai Tentera Darat Malaysia, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan di sini.

Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para itu adalah penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Aminan kini dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini untuk mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sempena kunjungannya ke Kementerian Pertahanan hari ini, Aminan turut membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori