Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Alcatel OneTouch Flash 2...

ALCATEL telah memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga OneTouch Flash pada tahun lepas, dan kini...

Pindaan Akta Kerja 1955...

SHAH ALAM : Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara...

PRN Sarawak: Klip Video...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi Barisan...

Isu Kampung Baru Cina...

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia...

Faktor Rasional Pindah Pangkalan Udara Sungai Besi

KUALA LUMPUR – Pemindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PU KL) di Sungai Besi ke Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan) dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Katanya kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan perubahan landskap di sekitar PU KL, yang kini padat dengan penduduk dan terletak berhampiran Lebuh Raya Sungai Besi, menjadikannya tidak sesuai lagi sebagai pusat operasi TUDM.

“PU KL bukan lagi di tempat yang sesuai dijadikan pusat operasi untuk tentera udara…di mana untuk operasi penerbangan jadi tidak berapa selamat, ini disebabkan dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

Keduanya, kawasan ini (PU KL) amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi PU KL sekarang ini yang kita lihat lebuh raya dan kawasan perumahan yang berdekatan seperti yang kita tahu dengan ancaman ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya kedudukan PU KL yang terdedah kepada umum itu turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

“Satu lagi, amat susah bagi kita beri perlindungan mantap jika kita nak menggunakan PU KL sebagai kawasan operasi ketenteraan… jika ada aktiviti pengintipan pun amat susah untuk kita memantau,” katanya.

Affendi berkata PU Sendayan yang dijangka siap pada 31 Dis tahun ini adalah satu daripada lapan tapak relokasi PU KL. Tapak relokasi yang lain adalah Pangkalan Udara Subang, PU Gong Kedak, Ipoh dan Butterworth, Pangkalan Udara Kuantan dan 31 Rejimen Artileri Kajang dan PDRM Subang.

Beliau berkata penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

“Dengan adanya rasionalisasi dari aspek operasi dan keselamatan, maka kita lihat bahawa perpindahan PU KL ini amat memenuhi keperluan TUDM,” katanya.

Affendi berkata lebih 70 peratus aktiviti dan latihan TUDM akan dijalankan di PU Sendayan apabila pangkalan itu siap dibina dan pembangunan baharu ini akan memberi manfaat besar kepada warga TUDM.


“Pertama kali ia dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan dapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM.

Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, kami akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini kami berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara,” kata Affendi.

Beliau berkata PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti, latihan dan juga perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

“Kesemua pusat-pusat dan penempatan baharu di PU Sendayan akan bersedia untuk didiami dan pada masa itu kesemua tugasan dan juga aktiviti yang TUDM buat di PU KL akan boleh dijalankan secara normal dan juga akan memberi satu pulangan yang efektif dan efisien,” katanya.

Affendi juga berkata aspek sejarah PU KL akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan.

“Jika dilihat daripada aspek untuk bangunan bersejarah ini (PU KL) sebenarnya TUDM mempunyai muzium sendiri yang menyimpan artifak sejak penubuhan TUDM dan ia juga termasuk PU KL.

“Daripada konteks itu, TUDM akan dapat memelihara artifak-artifak sejarah PU Kuala Lumpur ini di muzium TUDM dan ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus,” kata Affendi.

Beliau berkata masyarakat harus melihat aspek-pembangunan dan keharmonian pembangunan di kawasan PU KL itu adalah satu projek yang boleh memberi pulangan yang baik kepada negara. – BERNAMA

Kategori