Pemuda MIC Bantah Wujud Mahkamah Syariah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC mendesak kerajaan mengantung sebarang keputusan untuk menaik taraf kuasa Mahkamah Syariah supaya setaraf dengan kuasa Mahkamah Sivil.

Ketuanya, C.Sivarraajh mendakwa, langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana undang-undang Islam di negara ini terhad kepada enekmen negeri sahaja.

“Mewujudkan sistem Mahkamah Syariah Persekutuan selari dengan sistem Mahkamah Sivil Persekutuan memerlukan banyak pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

“Keseluruhan karakter Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang sekular terpaksa diubah. Hal ini sekurang-kurangnya memerlukan referendum daripada masyarakat sama ada mereka benar-benar mahukan Mahkamah Syariah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sivarraajh turut mendakwa adalah tidak wajar menggunakan `undang-undang tuhan’ jauh lebih hebat daripada undang-undang sekular kerana manusia tidak boleh bertindak bagi pihak manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini memberitahu kerajaan akan membentuk dua lagi Mahkamah Syariah untuk membolehkan ia setaraf dengan Mahkamah Sivil Persekutuan.

Menurut beliau, perbincangan mengenai perkara itu diadakan dengan majlis agama negeri dalam tempoh dua tahun dan mereka sedang melihat kepada mewujudkan Mahkamah Syariah yang mempunyai persamaan taraf dengan Mahkamah Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...