Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Mungkin Duduk...

KOTA BAHARU - PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama...

“Saya Sudah Cukup Bersedia...

KUALA LUMPUR - Penyerang simpanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali menegaskan...

RUU Antiberita: Tak Wujud...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Warga Emas Maut Digilis...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas ekspres...

Pemuda PAS Siap Sedia Hadapi Calon Bebas

KUALA LUMPUR – Jentera pemuda PAS tetap bersiap sedia dengan kemungkinan menghadapi lawan daripada calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pemuda PAS perlu tetap bersiap siaga walaupun UMNO mengumumkan tidak akan menyertai PRK tersebut.

“Kita (DPPM) menghormati keputusan UMNO, namun jentera pemuda PAS sentiasa bersiap siaga jika terdapat pertandingan dari calon-calon bebas yang mungkin menghantar pencalonan pada hari penamaan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini.


Najib dipetik berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Kata Najib, pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori