Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Nafi Keluarkan Notis...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin...

Askar AS Di Hawaii...

LOS ANGELES – Seorang anggota tentera berusia 34 tahun, ditahan kerana didakwa cuba...

14 Individu Ditahan Reman...

PUTRAJAYA - Tujuh penjawat awam termasuk seorang ketua polis balai ditahan reman selama...

Gayatri Tidak Tolak Jodoh...

PULIH... Gayatri Su-lin Pillai, bagai memberikan bayangan hubungan dengan Zul Ariffin, kembali bertaut...

Pemulihan Mural Di Bangunan Lama DBP Siap Akhir Tahun

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan usahasama GDP Architect Sdn Bhd sedang memulihara lukisan mural di bangunan lama DBP di sini.

Konservator GDP Architect Sdn Bhd Professor Dr A. Ghafar Ahmad berkata kerja pemuliharaan telah mula dilaksanakan pada Mei 2014 dan dijangka siap akhir tahun ini dengan dipantau Jabatan Kerja Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat pemuliharaan itu hari ini, beliau berkata projek sedemikian adalah yang pertama dilakukan di Malaysia dan menambah pihak terlibat berdepan pelbagai cabaran kerana tidak mempunyai rujukan.

Pemuliharaan lukisan mural itu menggunakan mozek yang ditempah khas dari Itali berukuran satu sentimeter setiap satu yang mempunyai warna hampir sama seperti lukisan asal Ismail Mustam yang bertemakan ‘Cara Hidup di Malaya dan Bahasa Kebangsaan’.


Menurut A. Ghafar, GDP Architect Sdn Bhd menggunakan dua kaedah iaitu pengimbasan laser 3D dan fotografi revolusi tinggi untuk kerja pemuliharaan lukisan mural tersebut.

“Kaedah ini digunakan untuk mencatat kedudukan mural berdasarkan pantulan pada permukaan mozek dan digunakan untuk memetakan warna profil mural,” katanya.

Beliau menjelaskan pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan lukisan mural itu termasuk kelembapan pada permukaan dinding mural akibat kebocoran tandas dewan dan gegaran berterusan di jalan berdekatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori