Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Pesara Kerajaan Rugi Lebih...

KUCHING – Seorang pesara kerajaan dari Padawan, dekat sini kerugian RM305,956 wang Amanah...

Kor Ming Gesa Zambry,...

IPOH - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Ahli...

Permohonan Semakan Daftar Pemilih...

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan kehakiman oleh 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 315 orang pagi ini...

Pencawang TNB Meletup, Juruteknik Meninggal Dunia

SEBUAH pencawang elektrik di kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh di Hutan Melintang, Teluk Intan dilaporkan meletup ketika sedang diselengara, semalam.

Kejadian jam 12.18 tengah hari itu, mengakibatkan seorang juruteknik  Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur hampir seluruh badan setelah terkena renjatan elektrik.

Mohd Zaid Sulaiman, 34, bagaimanapun, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Teluk Intan (HTI) jam 8 pagi tadi.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan mangsa  mangsa yang berusia 34 tahun sedang melakukan kerjanya sebelum berlaku letupan.

Beberapa saksi turut melihat mangsa keluar dari bilik itu dalam keadaan terbakar.

Mangsa kemudian diselamatkan oleh beberapa kakitangan TNB yang berada di tempat kejadian sebelum membawanya ke Hospital berdekatan.


Sementara itu, Pengurus Besar TNB Perak, Raja Abdul Jalil Raja Zaid mengesahkan kejadian di Pencawang Elektrik Medan Niaga Lagenda, Hutan Melintang itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori