Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Hulk Hogan Malu Rakaman...

MIAMI - Bintang gusti terkenal Amerika Syarikat, Hulk Hogan berkata, dia malu dengan...

Pembantu Perubatan Maut Terjun...

IPOH - Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari...

PTPTN: Tangguh Laksana Langkah...

ALOR SETAR - Tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung...

Dituduh Curi, Wanita India...

GARA-GARA dituduh mencuri, seorang wanita India nekad membogelkan diri bagi membuktikan dirinya sebagai...

Pencerobohan Hutan Simpan Sedang Dikenal Pasti

PORT DICKSON – Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) sedang dalam proses mengenal pasti individu yang menceroboh dan meneroka secara haram di beberapa lokasi hutan simpan di negeri ini.

Pengarahnya Salim Aman berkata jabatan mengesan kegiatan penerokaan haram hutan simpan itu menerusi sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) yang menggunakan imej satelit.

“Sistem FMRS ini dibangunkan bersama oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia untuk memantau aktiviti penerokaan hutan secara cepat dan efisien,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu ‘OPS LOPEH NBOS’ anjuran JPNS di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu bertujuan memastikan individu terlibat aktiviti penerokaan hutan secara haram diambil tindakan sewajarnya.

Katanya kesalahan melakukan penerokaan hutan secara haram boleh didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 dan/atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.


Terdahulu dalam ucapannya, Salim berkata dalam ‘OPS LOPEH NBOS’ selama empat hari bermula Selasa lepas, sebanyak 195 kes dikesan membabitkan penerokaan kawasan hutan simpan, kesalahan jalan raya, memproses hidupan liar yang dilindungi dan penggunaan pekerja asing tanpa permit.

Katanya operasi itu melibatkan 90 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Alam Sekitar.

Beliau berkata operasi bersepadu itu antara lain bertujuan memantapkan kerjasama dalam aktiviti penguatkuasaan. – BERNAMA

Kategori