Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Raja Afiq Tak Serik...

KISAH hubungan singkat Raja Afiq bersama-sama pelakon Anis Al-Idrus tidak mematahkan semangat aktor...

Jumlah Hari Operasi Pasar...

TAWAU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk menambah hari operasi 580...

Ahmad Zahid Kerap Buat...

KUALA LUMPUR : Dua bekas pegawai kanan di pejabat Timbalan Perdana Menteri memberitahu...

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua...

Pendaratan Ikan Di Labuan Berkurangan Akibat El-Nino

LABUAN – Jumlah pendaratan ikan pada suku pertama tahun ini di Labuan, turun sebanyak 10.87 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, berpunca sebahagiannya daripada fenomena El Nino sekarang.

Bagaimanapun, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan memberi jaminan bekalan ikan yang mencukupi meskipun cuaca kering sekarang yang meningkatkan suhu air laut sebanyak satu hingga dua darjah celsius.

Pengarah LKIM Labuan, Dzulkifli Mad Ali berkata jumlah tangkapan yang didaratkan di jeti perikanan Labuan dari Januari 2016 hingga hari ini berjumlah 1.49 juta tan metrik berbanding 1.623 juta tan metrik pada suku pertama 2015.

“Nilai tangkapan merosot sebanyak 3.48 peratus kepada RM3.14 juta setakat ini bagi tahun ini daripada RM3.26 juta (Jan-Mac 2015),” katanya kepada Bernama.

Dzulkifli berkata dengan cuaca kering sekarang pada suhu maksimum 33.7°C di perairan Labuan dan 34.2°C di Kota Kinabalu, nelayan keluar ke laut pada waktu malam dan sebelum subuh.

“Ia adalah fenomena cuaca yang di luar kawalan kita. Kita harap cuaca sekarang tidak akan memberi kesan kepada hasil tangkapan laut dan menjejaskan kestabilan harga makanan laut,” katanya.


Beliau berkata nelayan sekarang terpaksa menggunakan takungan air untuk mengekalkan kesegaran atau kualiti tangkapan.

Pengeluaran ikan Sabah juga susut 17.14 peratus dan nilai tangkapannya berkurangan kepada 15.02 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang sama.

Pengerusi Persatuan Nelayan Labuan, Sulaiman Mat Said, berkata bekalan tangkapan dan harga kekal stabil pada masa ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori