Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Peraduan Mesra Petronas, Nelayan...

KUALA LUMPUR – Seorang nelayan menganggap kejayaannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000...

KPDNKK Tak Terbabit Tentukan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak terbabit dalam...

KL2017: Vietnam Tangguh Misi...

KUALA LUMPUR - Thailand terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan untuk mempertahankan pingat emas...

Mangsa Banjir Maran Berkurangan,...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 126 orang daripada 27...

Penduduk Kg. Labuan Kota Belud Gembira Dapat Masjid

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini merasmikan Masjid Jamek Kampung Labuan di sini yang dibina dengan kos kira-kira RM200,000.

Masjid yang disiapkan dalam tempoh enam bulan melalui peruntukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah itu mampu menampung kira-kira 200 jemaah pada satu-satu masa dan ia mula digunakan penduduk pada bulan Ramadan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Labuan, Sibil Uli dalam ucapan berkata pihaknya berterima asih kepada kerajaan kerana impian penduduk untuk mendapatkan kemudahan beribadat lebih selesa telah menjadi kenyataan.

“Dengan adanya masjid ini, lebih ramai penduduk Kampung Labuan boleh bersembahyang Jumaat di sini. Sebelum ini, ada penduduk terpaksa ke masjid-masjid lain seperti Masjid Pekan Kota Belud untuk solat Jumaat kerana masjid lama tidak dapat menampung jumlah jemaah,” katanya dan turut mengucapkan terima kasih atas kehadiran Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan.

Sibil berkata dengan adanya masjid baharu berkenaan, masyarakat Islam kampung itu dapat menganjurkan aktiviti keagamaan, sosial dan ekonomi yang bermanfaat untuk penduduk dan masyarakat Islam amnya.


Sementara itu, seorang penduduk, Indah Awap, 48, berkata beliau gembira dengan pembinaan masjid baharu berkenaan.

“Masjid dahulu daripada kayu agak panas kerana ia cuma menggunakan kipas. Sekarang lebih selesa kerana masjid dilengkapi penyaman udara dan kipas angin. Jadi boleh duduk lebih lama dalam masjid,” katanya.

Bagi pelajar, Mohd Fazli Mohd Arpah,14, pula berkata dengan adanya masjid baharu itu, remaja sepertinya dapat mengikuti program agama seperti mengaji al-Quran dengan selesa. – BERNAMA

Kategori