Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Perintah Bekas Exco...

Johor Bahru : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan bekas Exco Johor,...

Kastam KLIA Tumpaskan Cubaan...

SEPANG - Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup satu tan...

4 Pengarah Syarikat Didakwa...

SELAYANG - Empat pengarah syarikat pemproses minyak sawit terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen...

Hishammuddin Punyai Strategi Tangani...

PUTRAJAYA - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas...

Penduduk Orang Asli Diancam Hakisan Tanah Bukit

GUA MUSANG – Lebih 300 penduduk Orang Asli di Kampung Sangwai, Pos Brooke, di sini, berdepan dengan hakisan tanah bukit berikutan pengusaha ladang sayur meneruskan semula kerja menyodok bukit berhampiran perkampungan mereka.

Ketua Penghulu Orang Asli, Bidi Ronggeng berkata dua bulan lepas, syarikat terbabit menghentikan kerja menggondolkan bukit berkenaan untuk tanaman sayur selepas dibantah penduduk berikutan runtuhan tanah dan banjir lumpur.

“Kejadian hakisan berkenaan memusnahkan lebih 200 pelbagai pokok tanaman seperti durian, petai, getah, pisang dan dokong yang sudah mengeluarkan hasil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata syarikat terbabit kini kembali melakukan kerja pembukaan ladang sayur yang menyebabkan berlakunya hakisan terutama apabila hujan.

“Kebanyakan perkampungan Orang Asli di kawasan Pos Brooke dan tanah tinggi Lojing, berdepan dengan masalah hakisan tanah dan banjir lumpur kesan daripada pembukaan kebun sayur yang tidak terkawal,” katanya.


Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata beliau sudah beberapa kali membangkitkan masalah itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, namun tidak ada penyelesaian daripada pihak kerajaan negeri.

“Kita turut bimbang dengan hakisan bukit yang dihadapi masyarakat Orang Asli ini yang turut menjejaskan sumber air sungai dan tanaman masyarakat berkenaan,” katanya yang mahukan pihak berkuasa berkaitan segera bertindak menangani masalah tersebut. – BERNAMA

Kategori