Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Thanko: Beg Sandang Dengan...

Jika dilihat sekarang ini, penggunaan peranti bersaiz phablet sangat digemari di asia.Boleh dikatakan...

Jadikan DAP Musuh Utama...

BUTTERWORTH - Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum...

Svenson Perkenal Teknologi Canggih...

KUALA LUMPUR - Pakar penjagaan rambut yang berpusat di London, Svenson memperkenalkan Svenson...

Akta Hasutan 1948 Masih...

KAJANG – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis masih boleh...

Pengarah Bomba Johor Meninggal Dunia Ketika Solat Jumaat

JOHOR BAHRU – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Datuk Abdul Ghani Daud meninggal dunia pada tengah hari ketika mengerjakan solat Jumaat di Masjid Impian Emas Baru di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri Johor, Mohd. Rizal Buang ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarham dikatakan rebah semasa mahu mengangkat takbir.

Sebelum itu beliau dilaporkan tergelincir semasa hendak mengambil air sembahyang dan sempat dibantu oleh beberapa jemaah lain. Namun Allahyarham hanya berkata, beliau tiada apa-apa,” katanya.

Mohd. Rizal seterusnya berkata, jenazah dijangka disolat di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Taman Damansara Aliff, Tampoi dekat sini selepas solat Isyak pada Jumaat.


Allahyarham meninggalkan balu, Datin Jalillah Mohamed dan empat orang anak. Abdul Ghani yang berusia 58 tahun, berkhidmat sebagai pengarah bomba negeri Johor sejak tahun 2008. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori