Pengguna Tidak Perlu Bimbang Beli Ayam Di Pasaran

KOTA KINABALU – Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di pasaran kerana tidak ada bekalan ayam dalam pasaran berasal dari ladang ternakan ayam yang dijangkiti selesema burung.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah Dr Zul Bahar Abd Rashid, ayam di pasaran juga telah menjalani pemeriksaan ketat di kilang pemprosesan dan hanya produk ayam sihat sahaja dibenarkan berada dalam pasaran.

Ayam yang hendak dipasarkan telah menjalani pemeriksaan teliti termasuk pemeriksaan antemortem secara fizikal bagi memastikan tahap kesihatan ayam itu baik untuk penghasilan daging yang selamat kepada pengguna, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebuah ladang ternakan ayam yang dikesan positif dengan selesema burung pada 3 Ogos lalu sudah dikawal sepenuhnya manakala aktiviti pemantauan diteruskan bagi mengelakkan virus selesema burung daripada merebak ke kawasan lain.

Katanya ayam, termasuk telur ayam di ladang ternakan ayam berkenaan juga telah dilupuskan semuanya sebagai langkah pencegahan itu.

“Oleh itu, tiada lagi daging atau telur yang datang dari ladang yang dijangkiti. Jadi pengguna tidak perlu bimbang tentang sumber daging atau telur ayam di pasaran”, katanya.

Sementara itu, JPV Sabah meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada pejabat agensi itu yang terdekat jika terdapat kejadian ayam mati di kawasan masing-masing. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ayam

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...