Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pramugari Cantik Saudi Airlines...

RIYADH - Jika disebut nama Radiah Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita yang tidak...

Lebih 100,000 Kematian Akibat...

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika...

Bill Clinton Dapat Cucu...

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bekas Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton...

Beri Rawatan Terbaik Untuk...

Anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa Najib Razak diberikan rawatan terbaik...

Penglibatan Remaja Dalam Gejala Sosial Perlu Diberi Perhatian

SANDAKAN – Penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial masa kini perlu dipandang serius semua pihak kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap usaha kerajaan membangunkan negara.

Anggota Parlimen Batu Sapi Linda Tsen Thau Lin berkata remaja perlu dibimbing agar tidak terjebak dengan perkara yang akan merugikan masa depan diri dan keluarga mereka.

“Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa yang akan mengambil pucuk pimpinan negara satu masa nanti,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Remaja di sini hari ini.

Mengenai program itu, Tsen berkata ia adalah sangat tepat kerana remaja merupakan golongan sasar yang penting bagi menjayakan visi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan berintegriti.

Beliau berkata program itu juga dapat menyampaikan mesej kepada semua remaja agar membuat pilihan yang betul serta memberi kesedaran untuk memelihara diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori