Pengurus Ladang Bebas Tuduhan Menculik

TELUK INTAN – Seorang pengurus ladang yang berdepan dua tuduhan menculik dan menyembunyikan dua saksi dalam kes memperdagangkan 15 individu sebagai buruh paksa tahun lepas, dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Norita Mohd Ardani selepas pendakwaan gagal membuktikan prima facie kes kedua-dua tuduhan ke atas L. Ganis, 44, dari Bahau, Negeri Sembilan.

Dalam menyampaikan keputusan itu, Norita turut memaklumkan wang jaminan tertuduh juga akan dikembalikan.

Mengikut pertuduhan pertama, Ganis didakwa menculik untuk mengurung secara salah pasangan suami isteri, P. Sundaram, 38, dan K. Shanti, 42, pada kira-kira 3 petang hujung bulan Mac lepas di hadapan sebuah kedai runcit di Pengkalan Hulu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyembunyikan kedua-dua mangsa dengan menghantar mereka ke sebuah rumah kongsi di Ladang Kalvi Felda Bukit Besout 1, Sungkai bagi mengelak mereka memberi keterangan terhadapnya untuk kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...