Peniaga Dari Kuala Besut Menang Perodua Axia Cabutan BSN

BESUT – Peniaga dari Kampung Nail Kuala Besut Md Rashid Yusof, 57, pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) diumumkan sebagai pemenang kereta Perodua Axia Standard G bernilai lebih RM33,000 dalam cabutan tempatan untuk bulan Jun tahun ini.

Penyampaian kereta Perodua Axia berwarna hijau metalik itu dilakukan oleh Pengarah Perniagaan Negeri BSN Terengganu Mohd Ghazali Abu Zahid kepada Md Rashid sempena program BSN School Carnival 2015 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini hari ini.

Penyerahan hadiah itu turut disaksikan Pegawai Khas kepada ADUN Kuala Besut, Badaruddin Ali; Yang Dipertua Majlis Guru-Guru Besar Daerah Besut, Che Hussin Ismail; dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Muhammad Abdullah serta guru-guru dan pelajar sekolah yang menghadiri karnival tersebut.

Abd Rashid berkata dia membeli SSP setiap bulan dan kini berjaya menyimpan sejumah RM20,000 dengan SSP.

“Tujuan saya menyimpan pada asalnya bukan kerana ingin memenangi hadiah tetapi semata-mata untuk bekalan masa depan keluarga terutama kepada anak-anak saya seramai enam orang yang masih bersekolah,” katanya selepas menerima hadiah kereta berkenaan.

Ali Zulkifli, 9, dari SK Bukit Kenak; dan Nor izian Zulkifli, 11, dari SK Kampung Baharu, masing-masing berjaya menjadi juara pertandingan menyanyi dan mewarna dalam karnival itu dengan masing-masing memenangi hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium RM1,200 dan RM120. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...