Penjawat Awam Perak Terima Bantuan Khas RM500 Bulan Depan

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada pegawai kerajaan negeri bulan depan.

Beliau berkata ia melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.1 juta.

Sementara itu bagi menghargai penjawat awam yang akan bersara tahun depan, kerajaan negeri meneruskan penyediaan insentif khas berjumlah RM1.2 juta, katanya ketika membentangkan Bajet Perak 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Bajet bertemakan ‘Pertumbuhan dan Kesejahteraan’ melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.07 bilion.

Zambry berkata bagi menghargai usaha ketua kampung pula, kerajaan negeri mulai tahun depan akan membayar elaun tambahan RM200 seorang kepada 17 ketua kampung Felda yang keseluruhan berjumlah RM0.04 juta.

Elaun sebanyak RM800 seorang akan turut dibayar kepada tujuh ketua kampung India yang keseluruhan berjumlah RM0.07 juta, katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...