Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Defisit Fiskal Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan...

Pasukan Kelantan Yakin Mampu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) member jaminan The Red Warriors...

Penyanyi Lagu `Country’ Diberi...

DIA mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua...

Ibu Hamil Tawar Khidmat...

CYBERJAYA - Melihat tambang perkhidmatan e-hailing mencecah RM50 bagi perjalanan dua hala Cyberjaya...

Penjenayah ‘Licik’ Bawa Lari Emas Serta Bukti

SHAH ALAM – Sebuah kedai emas kerugian kira-kira RM650,000 termasuk barang kemas dan wang tunai selepas dipecah masuk, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemilik kedai yang terletak di dalam sebuah pasaraya di Seksyen 32, Kota Kemuning kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, pemilik kedai tersebut menyedari kedainya dipecah masuk ketika mahu membuka kedai untuk menjalankan perniagaan pagi tadi.

“Pemeriksaan di dalam premis mendapati ada kesan bumbung dipecah masuk dan peti besi yang ditebuk.

“Suspek turut membawa lari rakaman kamera litar tertutup,” katanya.

Penjenayah 'Licik' Bawa Lari Emas Dan Bukti


Jelasnya, bahagian forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengsan beberapa cap jari yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

Kategori