Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

80,000 Tiket Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara...

Dadah: Anak Artis Popular...

KUALA PILAH - Anak seorang artis wanita popular era 1990-an dihukum penjara lapan...

Mangsa Banjir Di Perak...

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan bilangan mangsa banjir di Perak dan Kelantan pagi...

Christina Aguilera Kongsi Gambar...

BINTANG terkenal Hollywood, Christina Aguilera berkongsikan gambar separuh bogel dirinya menerusi laman sosial...

Perhilitan Kelantan Pindah Gajah Jantan Seberat 2 Tan

JELI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor gajah jantan liar berusia 15 tahun ke Taman Negara Terengganu selepas haiwan itu menceroboh serta merosakkan tanaman penduduk di Kampung Kuala Balah dan kampung berhampiran.

Timbalan Ketua Unit Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata gajah itu yang dipercayai berasal daripada sekumpulan gajah liar kawasan hutan Gunong Basor di sini, ditangkap di Kampung Kuala Balah, Isnin lepas

“Kami menggunakan dua ekor gajah yang baru dilatih dikenali sebagai ‘Aidil’ dan ‘Suria’ yang bertindak sebagai denak bagi menjinakkan gajah liar tersebut untuk dipindahkan ke taman negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi pemindahan gajah seberat dua tan itu yang mengambil masa lima jam bermula pukul 9 pagi ini di Kampung Kuala Balah di sini, hari ini.

Mohamad Khairul berkata dua gajah denak itu mengiringi gajah liar berkenaan sejauh satu kilometer sebelum haiwan liar itu dipindahkan menaiki lori untuk dihantar ke taman negara tersebut.


Beliau berkata sembilan anggota Perhilitan Kelantan dan 16 anggota dari dua pusat konservasi iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Terengganu, terlibat menjayakan operasi itu.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan Perhilitan Kelantan untuk memantau dan menangkap haiwan yang boleh mengancam keselamatan penduduk dan kawasan tanaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori