SEREMBAN – Sebuah periuk api yang dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Raja Alias 2, Jempol pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada pengurus ladang berkenaan pada pukul 10.49 pagi.
Beliau berkata periuk api itu kemudiannya dimusnahkan. – BERNAMA