Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PRK Balakong: Isu Hapuskan...

BALAKONG - Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MCA harus menyuarakan isu penghapusan...

Juruperunding Kaji BRT Kota...

KOTA KINABALU - Kerajaan telah mengenal pasti juruperunding untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek...

Impian Miliki Rumah Sendiri...

KUALA LUMPUR – “Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah,...

Pasar Raya Diserbu Simpan...

KUCHING - Sebuah pasar raya yang dipercayai menyimpan barang kawalan di tempat yang...

Perkhidmatan Monorel Beroperasi Semula

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Monorel bersambung semula pada tengah hari tetapi mengalami gangguan sistem isyarat.

Perkhidmatan sebelum ini digantung berikutan dua kejadian pada sebelah pagi yang satu berpunca daripada kebakaran sebuah daripada tayar getah pada tren dua gerabak di stesen Titiwangsa.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata kebakaran menyebabkan asap tebal di stesen berkenaan namun apinya dapat dipadam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan tren itu memiliki dua gerabak dan bukan empat seperti yang dilapor terdahulu.


Beliau berkata penggantungan perkhidmatan juga berlaku berikutan sebuah tren empat gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang kerana masalah teknikal.

Laporan awal menyebut tren itu membawa dua gerabak.

“Rapid Rail sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kedua-dua kejadian dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul,” kata Abdul Hadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori