Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Wanita Rugi RM20K...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'Love Scam'...

Perompak Guna Bom Buatan...

JITRA - Sebuah Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) di Bangunan Pusat Tranformasi Luar Bandar...

Akhbar Vietnam Ulas Rambut...

Kemenangan Harimau Malaya ketika menentang Vietnam sekaligus dapat menempah tiket ke Final Piala...

Janji Hapus Tol 2...

HAMPA... Hasrat jutaan rakyat Pulau Pinang terutama penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati...

Pesta Buah, Bunga, Makanan Jadi Acara Tahunan FAMA

GOPENG – Program Pesta Buah, Bunga dan Makanan akan menjadi acara tahunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam membantu usahawan dan petani memasarkan produk dalam membangunkan industri agrotani negara.

Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata Perak menjadi lokasi pertama penganjuran program itu berikutan tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak dan ia akan diteruskan di negeri-negeri lain.

Beliau berkata program itu menjadi acara kemuncak FAMA dalam memberi pendedahan kepada usahawan ke arah mempertingkat tahap keusahawanan dan daya saing serta menarik minat usahawan muda menceburi bidang pemasaran pertanian.

“Program itu juga mampu meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan FAMA sebagai peneraju dalam pembangunan pemasaran hasil pertanian negara.

“Malah, penganjuran program ini adalah tanda terima kasih kepada kerajaan kerana mengangkat martabat penternak dan peladang selain mengasah generasi muda menerusi Myagrosis untuk mewarisi sektor pertanian dengan cara lebih moden dan mengisi keperluan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Perasmian Program Pesta Buah, Bunga dan Makanan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Badruddin berkata menerusi program tersebut, usahawan turut berpeluang meluaskan rangkaian ke tahap lebih tinggi dengan mewujudkan rangkaian pemasaran antara usahawan, pemborong, pengeksport dan peruncit.

“Program tersebut turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dengan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memudah dan memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir untuk mendapatkan khidmat rundingan dan perkhidmatan,” katanya.


Program yang dianjurkan selama empat hari bermula semalam itu, merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan sambutan 50 Tahun FAMA pada Dis 2015 di Dataran Merdeka.

Sebanyak 171 gerai jualan pelbagai jenis produk makanan, buah-buahan serta flora dan fauna disediakan termasuk makanan popular tempatan yang terbahagi kepada empat konsep iaitu makanan hipster, makanan viral (di laman media sosial), produk nostalgia dan ‘foodgasm’.

Program tersebut turut menawarkan 6,000 produk Industri Asas Tani (IAT) yang dijual secara offline dan online (Agrobazaar.com.my) yang antara jenama produk IAT yang dijual adalah produk Agromas, Perak Best dan Pekan Prime.

Program yang berkonsepkan pameran dan jualan itu turut mempamerkan 1,001 ikan hiasan dan 5,001 pelbagai jenis orkid yang dijual dengan harga yang berpatutan, 1001 ulam-ulaman dan 201 sajian makanan popular. – BERNAMA

Kategori