Friday, June 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah The Hague Tolak...

THE HAGUE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk...

Pelajar Mungkin Mangsa Pertama...

AMBON - Seorang pelajar universiti berusia 19 tahun dari perkampungan Sifnana, Kepulauan Tanimbar...

Jutawan Minta Anak Pilih...

SEORANG jutawan Rusia yang memperoleh kekayaannya dalam perniagaan minyak, menyerahkan kepada anak-anaknya untuk...

K1M Berupaya Jelaskan Dasar...

KOTA KINABALU - Komuniti 1Malaysia (K1M) berupaya menjelaskan kepada rakyat akar umbi mengenai...

PM Bakal Lancar Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor

JOHOR BAHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor sempena lawatan kerja rasminya ke negeri ini Ahad.

Najib yang juga Menteri Kewangan, akan melancarkan pelan itu serta Rancangan Pembangunan Komprehensif Ke-2 Iskandar Malaysia (CDPii)] pada majlis pelancaran di Stadium Educity, Iskandar Puteri dekat sini.

Pelan pertumbuhan itu merangkumi visi strategik dan komprehensif pembangunan di Johor bagi membangunkan setiap daerah di negeri itu mengikut sektor tertentu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Johor CDPii pula lebih menumpukan kepada aspek pengurusan sosial dan alam sekitar serta prospek pembangunan yang ditawarkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Sebelum majlis pelancaran itu, Najib dijangka menghadiri perasmian projek pembangunan hartanah Forest City di Gelang Patah, yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Projek hartanah itu bakal mewujudkan lebih 220,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang 2035, menerusi penglibatan dalam lapan sektor pertumbuhan industri termasuk bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.


Projek yang bercirikan konsep mesra alam itu, akan dibina di atas empat pulau buatan manusia berkeluasan lebih 1,400 hektar.

Ia merupakan antara projek pembangunan hartanah terbesar di Asia dari segi jumlah unit hartanah yang akan dibangunkan, dan akan dibangunkan dalam sembilan fasa bagi tempoh 20 tahun.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke negeri ini, Najib kemudiannya akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Galleria, Johor Baharu.

UTC itu merupakan yang kelapan dirasmikan oleh Perdana Menteri selepas merasmikan dua pusat yang sama di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Pahang, Kedah dan Sabah itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori