Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Bencana Banjir: China Hulur...

ATAS dasar keprihatinan ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia,...

Khairul Idham Raih Tempat...

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan aksinya di tempat...

Pengarah JPNIN, Anak Mengaku...

BUTTERWORTH - Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pulau Pinang hari...

Ibu Kejam, Kurung Anak...

APA la dosa budak ini sehingga dibunuh oleh ibunya? Yonatan Daniel Aguilar yang...

PM Dan Isteri Hadir Majlis Pernikahan Anak Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di kediaman beliau di Presint 10 di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri yang tiba pada kira-kira pukul 10.55 pagi berada kira-kira sejam di majlis tersebut.

Najib dan Rosmah turut bergambar bersama pasangan pengantin Nurul Izzatul Shahirah Ahmad, 22, dan Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar, 22, serta keluarga kedua-dua mempelai.

Sebelum itu, pasangan pengantin dinikahkan oleh Ahmad sendiri di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat.

Pasangan pengantin berkenaan dijadualkan berlepas ke Australia pada 15 Feb melanjutkan pelajaran di Curtin University.


Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan isteri, Datin Seri Kay Roserina Mohd Kassim serta isteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Norazlina Awang Had.

Sebelum meninggalkan majlis, perdana menteri dan isteri bersalaman serta beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis tersebut dan majlis persandingan akan diadakan Selasa depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori