Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Butiran Ais Rosakkan...

PELBAGAI spekulasi dan andaian mula berlegar tentang punca sebenar pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa...

Terkentut Semasa Dibedah, Wanita...

SEORANG wanita dari Jepun melecur teruk selepas kentutnya dikesan menjadi penyebab kepada insiden...

Didenda RM400 Kerana Merokok...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera laut didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di...

Hak Wanita Yang Berzina

Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini :1) Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya?2) Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama yang sudah berkahwin dan rasa tidak ada keperluan menambah tanggungajwab yang sedia ada.

Polis Bintulu Tahan 2 Warga Asing Aktif Curi Motosikal

BINTULU – Polis menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri motosikal pada 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipili Suhaili berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 32 tahun itu ditangkap semasa rondaan dibuat di kawasan Kampung Jabai setelah pasukan rondaan terserempak dengan dua suspek sedang menunggang motosikal.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila ditahan polis dengan meninggalkan motosikal ditunggang,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata polis berjaya mengepung serta menangkap kedua-dua suspek berkenaan dan pemeriksaan badan ke atas suspek membawa kepada penemuan satu besi berbentuk T dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan diri,” katanya. – BERNAMA

Kategori