Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Dipenjara Tujuh...

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di...

Keputusan Terbaik Sarawak Tubuhkan...

KUALA LUMPUR – Sarawak membuat keputusan yang terbaik apabila memilih untuk menubuhkan Malaysia...

Tindakan ‘Singkir’ Iszuree Tunjuk...

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang...

Majlis Kahwin Bertukar Upacara...

TAKDIR menentukan segalanya. Persiapan majlis perkahwinan hampir lengkap sepenuhnya, namun pasangan pengantin yang...

Polis Buru Lima Individu Terlibat Curi Kabel Di Besut

BESUT – Polis Terengganu kini sedang memburu lima individu yang disyaki terlibat dalam jenayah mencuri kabel di sekitar daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata ia berikutan hasil tangkapan seorang individu yang turut terlibat dalam aktiviti mencuri kabel di daerah ini, Selasa lepas.

“Selasa lalu kita berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 33 tahun yang disyaki mencuri kabel di Kampung Raja.

Pihak Unit MPV bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima laporan daripada orang awam. Kemudian, suspek telah melarikan diri dengan menaiki kereta (Proton) Wira dan suspek berjaya ditahan tepi jalan di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata hasil soal siasat awal, suspek yang didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan kejadian curi kabel juga mengaku melakukan jenayah itu di sekitar daerah tersebut bersama lima lagi orang rakannya yang masih bebas.


“Hasil pemeriksaan mendapati suspek juga positif amphetamine dan turut dirampas dua bilah gergaji besi, tiga kabel telekom dan empat gugusan kunci…kita anggarkan kerugian bernilai lebih RM13,000.

“Kita juga kini sedang giat mengesan lagi lima suspek yang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori