Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

LPF Anjur Tayangan Visual...

Julung kali diadakan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) bakal menganjurkan satu program dengan memberi...

Anwar Terbuka Jika Mahathir...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka...

Aizat Tak Terkilan ‘Jangan...

KETIADAAN lagunya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) dianggap perkara biasa...

Beri Ruang Kerajaan PH...

KUALA LUMPUR - Beri ruang kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji cadangan...

Polis Jumpa Revolver & Peluru, 3 Ditahan Di Mukah

SIBU – Polis menemukan sebuah revolver buatan tangan dan peluru berikutan penahanan seorang lelaki berumur 40 tahun dipercayai rakyat Indonesia dari Pontianak, Kalimantan pada Rabu.

Tangkapan itu dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Mukah yang diketuai Insp Mohd Afiq Shawaldin pada 2 petang di hadapan sebuah pasar raya di bandar pantai Mukah selepas polis menerima maklumat berkaitan kes pecah rumah dan kecurian yang berlaku pada Jun lepas.

Suspek kemudian membawa polis ke rumah kontenanya terletak di sebuah kilang sagu di Kampung Sau, Sungai Metapus pada 3.15 petang, yang mana polis menjumpai pistol tangan dan 94 butir peluru 9mm yang disembunyikan di bawah katilnya.

Siasatan lanjut ke atas lelaki itu membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki Indonesia berumur 40 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Balingian kira-kira 7.15 malam hari yang sama.

Suspek kedua kemudian dibawa untuk soal siasat berhubung dengan penemuan senjata api dan peluru itu.

Pasukan operasi dari Bahagian Siasatan Khas (D9) dari Kuching kemudian segera dihantar ke Mukah untuk membantu siasatan.


Pasukan yang diketuai oleh Insp Kalang Buda kemudian menahan lelaki tempatan berusia 40 tahun di medan selera di bandar Mukah kira-kira 10.30 malam pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dev Kumar dalam kenyataan berkata siasatan dari mana senjata api dan peluru itu diperoleh dan kegunaannya masih berjalan.

“Kami tidak dapat mendedahkan butiran lanjut buat masa ini supaya tidak menjejaskan siasatan,” katanya.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori