Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

M’sia, Indonesia Rancang Perbaharui...

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merancang untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penerangan...

Ops Niaga 2 Pantau...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan langkah...

Isu Pekerja Kematian Isteri...

KOTA KINABALU : Kes tular pekerja kematian isteri yang baru bersalin di Sabah...

Tranformasi Dibuat Di IKBN...

REMBAU - Program transformasi yang dilakukan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)...

Polis N.Sembilan Akui SPRM Siasat Pegawai, Anggota

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan kelemahan prosedur operasi standardnya susulan pegawai dan anggotanya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan tuntutan palsu penginapan hotel.

Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Muhamad Zaki Harun berkata sebarang kelemahan yang dikesan akan dibaiki dan ditambah baik bagi mengelakkan isu sama berulang.

“Saya harap tidak akan ada lagi pegawai dan anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) ditahan SPRM akibat salah laku seperti ini, tetapi sekiranya ada kita terima dan bermakna SPRM menjalankan tugasnya,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan barang pameran untuk PDRM daripada Samsung di sini hari ini.

Mengulas siasatan SPRM terhadap pegawai dan anggota kontinjen negeri, beliau berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh.


Semalam, media melaporkan 11 anggota serta pegawai polis dan kastam di negeri ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes tuntutan palsu penginapan hotel ketika diarahkan menjalankan tugas rasmi di Lembah Klang sedangkan mereka tidak pernah menginap di hotel berkenaan.

Pada majlis itu, polis Negeri Sembilan menerima peralatan daripada Samsung antaranya rak risalah, kain rentang dan televisyen yang akan digunakannya semasa mengadakan pameran. – BERNAMA

Kategori