Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2019: Tambah Hospital...

KUALA LUMPUR - Kekurangan hospital bertaraf pakar adalah antara perkara yang perlu diberi...

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus...

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada...

SIC Bantu Cari Pelumba...

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian...

Pemandu Teksi KL Diundi...

PEMANDU teksi di Malaysia mendapat 'pengiktirafan dunia' apabila diundi sebagai 'Pemandu teksi paling...

Polis Selamatkan 20 Mangsa Eksploitasi Seks Di Ipoh

IPOH – Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman menyelamatkan 20 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya mereka yang diselamatkan terdiri daripada 19 wanita warga Myanmar berbangsa Shan dan seorang wanita Vietnam.

“Dalam serbuan itu, lima lelaki turut ditahan terdiri daripada seorang penjaga pintu bawah; penjaga kaunter, kapten dan dua pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Menurut Gan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,670 selain beberapa barangan termasuk 175 kondom; dua ‘walkie talkie’; dua televisyen dan empat telefon bimbit.


Turut dirampas dua perakam kamera litar tertutup; dua alat kawalan jauh pintu rahsia; dua alat kawalan jauh pintu utama; satu lesen perniagaan dan satu mesin pengira, katanya.

Menurut Gan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM 2007.

Kejayaan unit ATIPSOM itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi catatan di akaun Twitternya. – BERNAMA

Kategori