Polis Selamatkan Mangsa Culik Dengan Penahanan 9 Suspek

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki mangsa culik dengan penahanan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Selesa Jaya, Skudai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata penahanan dibuat selepas polis bertindak atas laporan keluarga mangsa pada 9 malam semalam berhubung kejadian terbabit yang didakwa berlaku di hadapan sebuah restoran di Bukit Indah, di sini.

“Hasil risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri membawa penahanan terhadap kesemua suspek berusia antara 20 dan 60 tahun terbabit di hadapan restoran di Bandar Selesa Jaya berkenaan, kira-kira 1.50 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Kamaluddin berkata sebelum ditahan, suspek ada berhubung dengan isteri mangsa melalui telefon untuk berjumpa di hadapan restoran terbabit lalu mereka membawa mangsa ke hadapan restoran itu menaiki sebuah kereta.

Beliau berkata mangsa kemudian berjaya diselamatkan, namun, mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul semasa dalam tahanan lalu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Katanya siasatan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa tidak membayar wang yang dipinjam daripada Ah Long mengikut masa yang ditetapkan.

“Mangsa dilarikan dan dipukul suspek. Keluarga mangsa juga diperas dan dipaksa untuk membayar wang berkali-kali ganda sebagai syarat untuk melepaskan mangsa,” katanya.

Kamaluddin berkata polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek untuk membantu mengesan suspek yang masih bebas.

Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363/384 Kanun Keseksaan. –BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...