Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Kembali Beraksi...

KUALA LUMPUR - Selepas 14 tahun, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan...

Video Junamkan Saham AirAsia...

HARGA saham AirAsia Berhad (AirAsia) jatuh hampir 30 peratus, paras terendah dalam tempoh...

LKIM Pertahan 1,700 Nelayan,...

GEORGE TOWN - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan akan mempertahankan kawasan...

PANAS!! Azmin Sudah Mula...

Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai...

Polis Tahan Lelaki Miliki Air Ketum, Ubat Batuk

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas menemukan 25 bungkus air daun ketum dan lapan botol ubat batuk di dalam sebuah van yang dipandunya di Sungai Rengit, Pengerang, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia kira-kira pukul 11.40 malam.

Menurut beliau, kenderaan yang dipandu lelaki itu ditahan anggota Balai Polis Sungai Rengit setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota polis kemudiannya telah mengarahkan pemandu untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum pemeriksaan dilakukan terhadap lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam van tersebut telah menjumpai dua peti tong ais berwarna biru dan oren mengandungi 25 bungkus air ketum,ā€ katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu juga menjumpai satu beg galas berwarna hitam mengandungi lapan botol berisi cecair disyaki ubat batuk tertulis jenis ‘Dynadryl Syrup’.


Turut dirampas satu kotak warna hitam mengandungi wang tunai bercampur-campur berjumlah RM1,010, tambah beliau.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ubat batuk yang dirampas disyaki mengandungi kodein.

Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 11 Mac ini. – BERNAMA

Kategori