Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Ketuban Pecah, Wanita...

SEORANG wanita hamil mencetuskan rasa panik para penumpang sebuah bas di Nanning, wilayah...

Kementerian Kesihatan Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan...

Bumbung Enam Rumah Diterbangkan...

BAGAN SERAI - Bumbung enam buah rumah di Kampung Parit Simpang 5, Alor...

Hariff Yakin Pertahan Emas...

SEPANG - Pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh percaya...

Polis Tumpas Penipuan ‘Scammer’, Teman Lelaki

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sebelum ini, Mynewshub pernah menyebarkan kisah scammer bernama Inez Lau Yin Ling dan teman lelakinya yang telah menipu ramai orang yang tidak bersalah dalam pembelian barangan mewah membabitkan kerugian berjumlah RM400,000.

Antara barang yang menjadi sasaran pasangan berkenaan  jam tangan mewah, barang kemas, kamera DSLR dan telefon pintar.

BACA: Hati-Hati, Ramai Dah Ditipu Amoi ‘Scammer’ Ni!

Namun, aktiviti tidak bermoral mereka itu berjaya dipatahkan kerana wanita itu bersama-sama teman lelakinya yang berwarganegara Britain bernama Christopher,32, telah ditahan di dalam sebuah bilik hotel lima bintang, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan Inez, dan lelaki warga Britain berusia 32 tahun itu telah ditahan.

“Mereka ditahan oleh anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas kami menerima beberapa laporan daripada mangsa.

“Suspek aktif sejak beberapa bulan lalu dan mereka menghubungi mangsa yang mempunyai barang yang ingin dijual melalui dalam talian.

“Kemudian mereka akan berjumpa mangsa dan mendakwa sudah memasukkan sejumlah wang dan menunjukkan bukti dan resit transaksi bank kepada mangsa,” kata kepada Harian Metro.


Shaharuddin berkata, hasil semakan mendapati lelaki warga Britain itu memiliki satu rekod jenayah curi.

“Visa suspek warga Britain itu didapati sudah tamat tempoh selama enam bulan manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek dikenakan tahanan reman selama lima hari dan tamat hari ini. Mereka kemudian diserahkan kepada IPD Brickfields untuk siasatan berdasarkan laporan yang dibuat di sana.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan…

Kategori