PPM Tahan 3 Lelaki Warga Filipina, Rampas Bot

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki warga Filipina ketika cuba menyusup masuk secara haram ke negara ini melalui kawasan perairan Kampung Halo, dekat sini, semalam.

Kesemua lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan kira-kira pukul 6.20 pagi ketika menaiki sebuah bot oleh sepasukan anggota PPM yang menjalankan operasi khas di kawasan berkenaan.

Pemangku Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt Norzaid Mohammad Said berkata ketika pemeriksaan, kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua suspek serta bot yang dirampas itu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan susulan, katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam operasi sama, Norzaid berkata pihaknya menahan dua lelaki termasuk juragan dalam sebuah bot kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.06 gram dikawasan laut Sibangkat.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia 32 dan 50 itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...