Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Pengarah Syarikat Ditahan...

KUALA LUMPUR - Dua pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...

EPL: West Brom Pecat...

LONDON - Kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion sudah memecat pengurus pasukan,...

Bot Karam: 3 Termasuk...

KOTA KINABALU - Tiga termasuk pemilik bot pelancong Catamaran yang karam ketika membawa...

Pengguna E-Rokok Mahu Penggunaan...

PETALING JAYA - Pengguna rokok elektronik atau e-rokok meminta supaya penggunaan alat tersebut...

PPM Wilayah Dua Tahan 6 Pati Di Perairan Pengerang

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) rakyat Indonesia yang dipercayai cuba menyeludup masuk ke negara ini di perairan Pulau Hijau, Pengerang dekat Kota Tinggi, Isnin.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua mereka iaitu seorang wanita dan lima lelaki, ditahan menerusi Op Gelora Khas di sekitar perairan itu.

“Terdahulu, anggota PPM mengesan sebuah bot pancung yang dipercayai dinaiki mereka pada 3.30 pagi semalam (7 Mac) dan mengejar bot tersebut selama kira-kira setengah jam sebelum terkandas di pantai.

Tekong dan penumpangnya kemudian dilihat berjaya meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran sebaik sahaja bot menggunakan dua enjin 200 kuasa kuda itu terkandas,” katanya menerusi kenyataan, Selasa.

Khiu berkata ekoran daripada itu, gerakan mengesan tekong dan penumpang yang bersembunyi di hutan tersebut dilakukan lalu berjaya menahan seorang wanita berumur 33 tahun, kira-kira 4.15 pagi.


Beliau berkata lima lelaki berumur 19 hingga 54 tahun kemudiannya berjaya ditahan di kawasan berhampiran pada 9.45 pagi.

Katanya bot bersama enjin dianggar bernilai RM85,000 itu dirampas dan kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963 kerana memasuki negara ini melalui jalan tidak diwarta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori